Monday, February 18, 2013

Peluang Kedua

Ah Ha! Alhamdulillah! Aku masih mampu mengirup udara Allah juga melihat keindahanNya!
Yes! Aku masih hidup! Aku bukan takut kematian. Aku cuma belum bersedia. Amalanku. Amalanku. Amalanku. Hm belum tentu. *diam seketika* Semalam Ahad bersamaan 17/2/2013 aku dan ibu ayah melawat jiran di hospital selayang. Wadnya di tingkat 9. 9A-5D. Oh kelihatan jiran jiran ku yang lain turut melawat. Ehem. Melangkah masuk! Aku berdiri sahaja. Berilah ibu ayah duduk. Haip, aku terasa sengal ni. *bergerak sana sini, means setempat* Pusing belakang. Woaahh tingginya! Lihat kelibat seorang wanita memegang sesuatu. *Seram* Tapi aku endah je. Tiba-tiba, kepalaku pusing. Mungkin penat berdiri. Minta ayahku bangun *kalah orang tua* sebab nak duduk. Then, bila duduk tu, aku "Mak, adik pening.. i need to go to the toilet.. tak tahan.. nak muntah.." Mak "hah? okay okay" Aku dengan sekelip mata, rebah! tapi ibu aku tahan.. memapah aku ke tandas. Di toilet "Ya Allah pucatnya! sejuknya muka!" mak berkata. Aku "Tak tahan.. nak nak..." Terduduk. Aaaahhhh! sakit dada! Sejuknya! Susah nya nak bernafas! pandanganku gelap! gelap! Aku mengucap. Aku "mak.. adik minta maaf" Mak "Mak.. maafkan adik" Hatiku girang tak dapat ditunjuk melalui ekspresi muka, kesakitan lebih dirasai. Andai aku mati hari ini... Berdialog di dalam hati. Rasa macam ada malaikat maut. Then, 3 orang nurse datang kerana ayahku panggil. Nurse "Bangun dikk.. bangun!" Aku keluar dari tandas dan dipapah kuat. Pening. Sesak nafas. Diminta baring di atas katil wad tersebut. Oh yeah. Lega.. aku mahu tidur.. "Adikkk!!! bangun!!! lawan!!! jangan tutup mata!!!!" Nurse berkata dgn penuh tegas. Aku apa lagi. Terbeliak jap mata. Terkejut. Lawak lawak jugak. Nak rasa kematian ni "kot". Diambil tekanan darah. First time. Nurse "Gula rendah. Kasi benda manis" Jiran yg aku melawat tu. "Nah, air soya" Aku apa lagi dengan mengigil terus minum! *Tarik nafas, hembus seluh seluh* Mak membaca kalam kalam Allah. Lega juga. Mak cik wad sebelah "Bagi dia semangat. Bagi." Aku dah seram. Mengigil.. Sakit perut. Nak muntah. Rehat buat seketika. Tak boleh tutup mata. Bahaya. Mungkin bila aku tutup mata, never expect that i will get coma. Who knows.. Kalau ajal dah sampai. Tapi Alhamdulillah. Aku boleh bernafas seperti biasa. Cuma pening. Err. Jiran beritahu "oh ni sebab mabuk ubat hospital ni kut. Kuat sangat. Bau darah orang cuci bagai" Yg lain, detikku berkata. "Mungkin tempat ni keras" Dan "Mungkin ajalku dah sampai" Entah lah. Aku rasa aku mendapat peluang kedua utk hidup. Itu baru sikit Allah nak tunjuk. Betapa sakitnya. Hanya Allah yang tahu. Ya.. Mungkin kelakar. Ye lah dikata mabuk ubat. Yang aku fikir macam nak mati. Hewhewhewhew. Alhamdulillah thank you Allah for this experience. Health is wealth. :') Hargailah setiap detik waktu. hiasilah dengan ibadah. insha Allah.

Thursday, February 14, 2013

Buat kamu.

Sorry. andai aku terkasar bahasa.
Aku bukan nak sakitkan hati kamu.
Tapi aku nak tegur dan nasihat ke kamu.
Sebelum tu aku minta maaf.
Aku sayang kamu.
Jadi aku mohon kpd Allah bantu aku menaip ni bukan
 kerana amarah tetapi penuh teliti,
Supaya aku berhati hati,
Mungkin terguris hati,
Aku sayangkan setiap ukhwah,
agar kita dapat berusrah bersama-sama di syurga Allah.
 Macam ni, aku selalu perhatikan kamu,
Mungkin lebih tepat as stalker, (hihi)
Kamu lebih rapat dgn lelaki,
Takut kamu termasuk lembah yg membawa zina hati,
itu bahaya! sangat bahaya!
Kenapa luahkan kepada ajnabi?
Lupakah sahabat ini?
Bila ditanya, tiada apa apa,
bila aku lihat conversation kamu dgn si dia,
baru aku tahu kenapa,
kenapa aku, kamu tak cerita?
 Sedih tahu. Bertalu talu aku bertanya,
tapi tiada jawapan. Hm.
Bila bergurau ada hadnya,
jangan sampai orang marah,
bukan kelakar, 
lebih lebih lagi dendam,
biarlah orang buat kita tapi kita jangan balas,
Ujian tu,
agar iman sentiasa kukuh nan jitu,
Ujian tanda Allah sayang.
Setiap pos islamik perlu amalkan,
tapi nak buat mcm mana,
kita tetap manusia,
pasti ada dosa.
Dan, tidak perlu menceritakan masalah sesiapa pada laman sosial,
daripada tak tahu jadi fitnah,
huu *lap peluh*
Tak perlu letak nama si kecil itu,
tak perlu letak mr atau mrs tu,
Sekarang sudah tersebar,
tutup serapi rapinya.
dia pun suruh aku beritahu kamu agar menafikan.
Kalau ada masalah jumpa aku,
mungkin aku boleh bantu,
Kita kan nak sama sama terjun ke syurga,
best kan?
Itu tujuan ukhwah kerana Allah.
 Sentiasa merendahkan diri.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakutuh, sahabat. "kamu"



Monday, December 17, 2012

Bahaya!

Assalamualaikum, agak berkurun jugak la tak update blog. Tangan ni kesukaran melanda. Hihi. Sebenarnya tak tahu nak type entri pasal apa. Cuma aku nak sedarkan diri dalam entri ni. Banyak hujan mali oh. Alhamdulillah. Allahuma soyyiban nafi'a. Sejuk rasa. *pendahuluan* :)


Berangan? Semua berangan termasuk aku yang agak suka berangan jugak. Bahaya sebenarnya berangan atau kata lain termenung sorang sorang sambil memikirkan apa yang korang nak fikir. Sambil tu ada syaitan menemani. amat bahaya! Boleh fikir bagaimana kan.


syaitan : Berangan lah lagi, kalau tak usaha baik takpayah. Berangan awek pun boleh.
Manusia : Kalau boleh aku nak jadi pilot, kalau boleh aku nak straight A's bla bla
Syaitan : hahaha. bagus! tolong mak kat dapur pun malas. nak berkat macam mana. 
Manusia : *otp with awek berjam jam*


See? See? Nafsu menang! manusia memang mudah kalah dengan nafsu. Termasuk diri ini. Amat mudah. Angan angan sia sia tanpa usaha dan tidak letakkan Allah nombor 1 jangan harap lah angan angan tu tercapai tapi bila dah tercapai itu bukan angan angan sebenarnya tapi impian. =) Bangun malam, bertahajjud kepada Allah, itu salah satu utk membentuk kekuatan dalam diri masing masing.


Tips? Aku lupa. Bukan lupa cuma tak pasti. Takut tak dapat bangun, tertidur lena lagi adalah. Aku dipersalahkan. OH TIDAK! Pun boleh. *gelak senyum gelak senyum, sengeep* =) Satu lagi yang biasa dilakukan utk bangun malam, kunci jam. Tapi.. TIDUR BALIK! *tipulah tak pernah macam tu* Terlepas. bak kata iklan dlm tv nak tackle cucu si nenek ni sbb tak menghormati nenek so "MELEPAAAAS" ibarat begitu lah. Cuba bangun terus. Ambil wudhu' terus, konfem, syaitan kepala tanduk tiga satu dua enam hilang panas. Eh. Fatwa apa aku pakai ni. *sekadar gurauan*

p/s Entri ni sebenarnya apa yang aku lalui. Cuma mahu ubahnya.

PRAY FOR ISLAM PEOPLE ALL OVER THE WORLD!

Monday, November 12, 2012

Kempen Tutup Aurat di KLCC.


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.. aku nak update tentang kempen tutup aurat semalam. Bismilahirahmanirahim. ya Allah.. permudahkanlah. Adakah anda dah gosok gigi? *senyum bahagia* hahahaha. *mula dah* okay. Semalam berjalan dgn lancar walaupun ada beberapa halangan. Sabo je la. Allah nak uji tanda sayang. betul tak ikhwan wa akhwat? BETUL! :D hehe. aku naik ktm sg. buloh dgn kak jamnah. Alhamdulillah ada teman. kecik molek orangnya. Boleh dikata aku ni kakak dia. hehe. *jahat* dah sampai tu kt tempat ayak terjun klcc. Alhamdulillah selamat sampai tempat yg dituju. :) aku tak berapa nak gemar dengan sikap pak cik guard sbb kami duk reramai kat air terjun klcc tu tp apakan daya ujian ujian ujian. sesungguhnya Allah bersama dgn orang orang yang sabar. Pak cik guard tak kasi kami berdakwah, berkumpul reramai mcm tu. hm alhamdulillah seratus lebih yg support. :') ALLAH.. pak cik guard ckp "tak boleh kumpu ramai ramai, kalau tidak kami panggil polis" *big clap* tolong berkhidmat utk negara kerana Allah please~ Betulkan niat wahai pakcik guard ku kasihi. pak cik guard ckp lagi "kalau nak jugak, bg kami satu antara satu semua perempuan" sedih sgt.. ALLAH.. moga pokcik yang agak kerepot ni diberi hidayah.. hidup di dunia tujuan mengabdikan ALLAH! lepas solat zohor, makan makan. start la aku ngan kak noona, kak hani, kak jamnah, kak ain nak edarkan flyers! Allah.. bermacam ragam.. adakah kerusi yg disediakan utk berasmaradana? Ya Allah.. sampai kami lalu pun tak sedar. Moga Allah beri hidayah kpd abang-abang dan kakak kakak. Jaga Allah pasti Allah jagamu. insha Allah. ini part aku suka gila di mana budak kecik mintak flyers "sis, please give me" alololol so cute kalah aku *mood perasan~ dan ini sangat berterima kasih dan bersyukur pd Allah, pasangan korea berminat dgn islam. Tergamam! lepas kak dya cerita. mereka dua duduk luar masjid, suka tgk kami berkempen. lepas tu kak dya datang tanya "are you interested with islam?" they answered "Yes! we interested!" *nangis jap* Allahuakbar! subhanAllah! Alhamdulillah! semoga mereka menerima Islam sbgai agama mereka. Allahuma Aamiin. Terharu gegileeer. hahaha.

ini lah dia pasangan korea. 안녕하세요! ㅎㅎ 

 Alhamdulillah. *terfikir sejenak dgn sikap uncle guard* *duuuuuush* hahaha. lepas solat asar. sesi bergambar. jap sesi bergambar sepanjang masa. hehe. satu lagi.... tolong betulkan niat. kerana Allah kitaa datang bukan kerana kawan, nak femes. BUKAN! lilhita'ala. insha Allah, pasti ada ganjaran yg Allah beri. tak lupa juga usrah, masha Allah ramai kenalan baru. tak semua laaa ai ingat. konpius belaka. hah pening pening. Tahniah kepada kak baizura ismail yang membuat kempen ni & kpd semua yg support. tak lupa juga syabab syabab yg turut hadir. Terima kasih booooh! len kali ajak la reramai lagi. kita kasi kempen tinju membanteras seluaq pendek hahahaha.






 Moga Allah permudahkan kempen atau program program akan datang. insha Allah new program will be apear as soon as possible. insha Allah! doakan dan support. mari bincangkan. Jangan lupa like page Team Hijrah, kami yang berada di sana 100% yang berhijrah. Alhamdulillah. :') satu lagi kempen ni masuk berita tv al-hijrah, terima kasih. Alhamdulillah. bila laa kat tv3?! hahaha.
-Sedikit sebanyak daripada kak dya punya belogg. Gambar own kak noona sebahagian tu dan lain lain. Terima kasih. Halalkan ye. :)

Assalamualaikum wbt. Sahabat! -RINDU LA WEH!- hahahaha