Monday, February 18, 2013

Peluang Kedua

Ah Ha! Alhamdulillah! Aku masih mampu mengirup udara Allah juga melihat keindahanNya!
Yes! Aku masih hidup! Aku bukan takut kematian. Aku cuma belum bersedia. Amalanku. Amalanku. Amalanku. Hm belum tentu. *diam seketika* Semalam Ahad bersamaan 17/2/2013 aku dan ibu ayah melawat jiran di hospital selayang. Wadnya di tingkat 9. 9A-5D. Oh kelihatan jiran jiran ku yang lain turut melawat. Ehem. Melangkah masuk! Aku berdiri sahaja. Berilah ibu ayah duduk. Haip, aku terasa sengal ni. *bergerak sana sini, means setempat* Pusing belakang. Woaahh tingginya! Lihat kelibat seorang wanita memegang sesuatu. *Seram* Tapi aku endah je. Tiba-tiba, kepalaku pusing. Mungkin penat berdiri. Minta ayahku bangun *kalah orang tua* sebab nak duduk. Then, bila duduk tu, aku "Mak, adik pening.. i need to go to the toilet.. tak tahan.. nak muntah.." Mak "hah? okay okay" Aku dengan sekelip mata, rebah! tapi ibu aku tahan.. memapah aku ke tandas. Di toilet "Ya Allah pucatnya! sejuknya muka!" mak berkata. Aku "Tak tahan.. nak nak..." Terduduk. Aaaahhhh! sakit dada! Sejuknya! Susah nya nak bernafas! pandanganku gelap! gelap! Aku mengucap. Aku "mak.. adik minta maaf" Mak "Mak.. maafkan adik" Hatiku girang tak dapat ditunjuk melalui ekspresi muka, kesakitan lebih dirasai. Andai aku mati hari ini... Berdialog di dalam hati. Rasa macam ada malaikat maut. Then, 3 orang nurse datang kerana ayahku panggil. Nurse "Bangun dikk.. bangun!" Aku keluar dari tandas dan dipapah kuat. Pening. Sesak nafas. Diminta baring di atas katil wad tersebut. Oh yeah. Lega.. aku mahu tidur.. "Adikkk!!! bangun!!! lawan!!! jangan tutup mata!!!!" Nurse berkata dgn penuh tegas. Aku apa lagi. Terbeliak jap mata. Terkejut. Lawak lawak jugak. Nak rasa kematian ni "kot". Diambil tekanan darah. First time. Nurse "Gula rendah. Kasi benda manis" Jiran yg aku melawat tu. "Nah, air soya" Aku apa lagi dengan mengigil terus minum! *Tarik nafas, hembus seluh seluh* Mak membaca kalam kalam Allah. Lega juga. Mak cik wad sebelah "Bagi dia semangat. Bagi." Aku dah seram. Mengigil.. Sakit perut. Nak muntah. Rehat buat seketika. Tak boleh tutup mata. Bahaya. Mungkin bila aku tutup mata, never expect that i will get coma. Who knows.. Kalau ajal dah sampai. Tapi Alhamdulillah. Aku boleh bernafas seperti biasa. Cuma pening. Err. Jiran beritahu "oh ni sebab mabuk ubat hospital ni kut. Kuat sangat. Bau darah orang cuci bagai" Yg lain, detikku berkata. "Mungkin tempat ni keras" Dan "Mungkin ajalku dah sampai" Entah lah. Aku rasa aku mendapat peluang kedua utk hidup. Itu baru sikit Allah nak tunjuk. Betapa sakitnya. Hanya Allah yang tahu. Ya.. Mungkin kelakar. Ye lah dikata mabuk ubat. Yang aku fikir macam nak mati. Hewhewhewhew. Alhamdulillah thank you Allah for this experience. Health is wealth. :') Hargailah setiap detik waktu. hiasilah dengan ibadah. insha Allah.

1 comment:

  1. Mabuk ubat ??? Ssh la klw nk ziarah org sakit lepas ni... :D

    ReplyDelete