Wednesday, October 31, 2012

Comel sangat kucing Anis.

 Assalamualaikum wbt, warga pembaca sekalian? Sihat? Alhamdulillah. Masih diberi peluang utk hidup :)

-Kucing ni kan. Geram habis, hahaha. Apa nama weh, Anis? aku lupa. kehkeh :p Ya Allah, sungguh indah ciptaanNya. Kenapa lah manusia sanggup anianya kucing? Tak faham betul. Dah lah comel. Kalau boleh nak juga bela, tapi sendiri pun tak terurus. hahaha. Ok, Siapa kenal Abu Hurairah? Angkat kaki. Hahahaha. Serius lah korang angkat kaki. :p Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia ditanya apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kuching yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a. Agak agak en, apa gelaran Rasulullah SAW pada saya? *thinking* *makhluk yg hina* Beliau seorang perawi hadis. Setiap hadis ada riwayatnya. Huyooo. Pasti lah rapat dgn Rasulullah SAW. Selalu ikut rasulullah SAW ke mana sahaja baginda pergi. Allahu Allah.. And..
Khalifah Umar ibn Khattab r.a. pula pernah melarang Abu Hurairah r.a. menyampaikan hadis dan hanya membolehkan menyampaikan ayat Al-Quran. Ini disebabkan tersebar khabar angin bahawa Abu Hurairah r.a. banyak memetik hadis palsu. Larangan khalifah baru dibatalkan setelah Abu Hurairah r.a. mengutarakan hadis mengenai bahaya hadis palsu.
مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا، فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
Sesiapa berdusa terhadap saya dengan sengaja, maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya di dalam api neraka [Al-Bukhariy/ 1291], [Muslim/ 3], [Ibnu Hibban/ 31], [Abu Dawud/ 3651], [At-Tirmizi/ 2659], [Ibnu Majah/ 30, 33, 36, 37], [Ad-Darimi/ 231, 232, 234, 235, 236, 238, 593], dan [Ahmad/ 585, 1078, 1416, 2670, 3791, 3804, 9086, 10350, 11011, 11531, 11700, 12291, 12353, 12687, 12777, 13549, 13558, 13568, 13843, 16071, 16471, 16978]
Tang.. Tang.. Tang.. Sekian. :) Bawa muhasabbah diri. Begitu juga dengan saya. Tabarakallah..

No comments:

Post a Comment